1.0 PENGENALAN
Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan
manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan ‘pertanian
adalah perniagaan’ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti
pertanian itu menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil
pertanian pekebun atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan
sara hidup diri, malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya
tadi.
‘Pertanian adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang
sangat popular. Ia bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah
negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan
aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan
yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja. Persepsi rakyat
terhadap sektor pertanian juga perlu diubah. Rakyat perlu lebih berani
mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh
segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah
bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha
kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu
menambah hasil pendapatan negara. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan
telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera.
Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan pelbagai
variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini.
2.0 ISTILAH
PERTANIAN
Pertama
sekali kita lihat terjemahan bagi istilah pertanian dalam bahasa Inggerisnya,
agri dari bahasa latin ager, bermakna "a field" (iaitu sebidang
tanah). culture dari bahasa Latin cultura, bermakna "cultivation"
iaitu tillage of the soil. Secara literalnya, pembacaan dalam bahasa Inggeris
menjadikannya : tillage of the soil of a field. Pertanian meliputi aktiviti
mencucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan dan ianya merupakan pengeluaran
bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain yang melalui
suatu sistem ternakan atau tanaman. Dengan lain perkataan, pertanian adalah
amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.
Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil
pertanian.
3.0 SEJARAH
PERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA
Kedudukan
geografi Semenanjung Tanah Melayu yang berada di pintu gerbang Selat Melaka dan
muara-muara sungai yang beroperasi sebagai pelabuhan semulajadi telah
membekalkan faedah kepada perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu.
Kedudukan ini telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bergiat
dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan. Dengan pembukaan pusat perdagangan
yang lebih banyak dan terbentuknya system pelabuhan, ekonomi Semenanjung Tanah
Melayu mula berkembang pesat. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka merupakan
faktor utama kepada kemajuan ekonomi Negeri-Negeri Melayu.
Kota
Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan “entrepot” yang
terkenal di seluruh Asia. Kegemilangan Melaka menunjukkan taraf keupayaan
pemerintah dan rakyatnya mengendalikan satu sistem ekonomi yang maju pada zaman
itu. Perdagangan merupaka kegiatan ekonomi yang maju pada masa itu.Perdagangan
merupakan kegiatan ekonomi yang utama bagi masyarakat Melayu pada zaman
keagungan empayar Melaka. Kegiatan perdagangan orang Melayu berada di kemuncak
apabila Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing. Institusi politik dan
sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan persembahan hasil daripada
jajahan-jajahan takluk merupakan hasil pengeluaran yang melebihi
keperluan.
Menurut
Jomo S. (1998). Pembangunan ekonomi dan kelas sosial Semenanjung Malaysia.
Terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka; Kuala Lumpur menyatakan Kerajaan Melayu
Melaka juga menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran pertanian dan hasil
bumi seperti emas dan bijih timah untuk membentuk sistem mata wang untuk
memudahkan sistem tukar barang atau ‘barter’. Mata wang yang pertama kali
digunakan ialah kulit siput gewang. Apabila perdagangan semakin makmur, wang
logam daripada timah telah diperkenalkan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
wang timah telah digunakan dengan meluas. Mata wang emas dan perak telah
diperkenalkan kemudian oleh saudagar-saudagar Arab, Cina dan India. Penggunaan
beberapa jenis mata wang membuktikan bahawa perdagangan adalah aktiviti ekonomi
yang amat penting bagi masyarakat Melayu pada abad ke-14.
Ø Mengurang
kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari
negara lain. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, kopi, koko dan
bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika keperluan dalaman
rakyat Malaysia adalah mencukupi, maka kita tidak perlu mengimport bahan
makanan ini daripada negara luar.
Ø Menggalakkan
pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil pertanian ini ke
negara-negara luar.
Ø Membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Mengikut
bancian yang dibuat, jumlah tenaga pekerja di sektor pertanian pada 2010 adalah
dianggarkan seramai 390,708 orang. Kategori pekerja bergaji adalah seramai
384,769 (98.5%) dan hanya 5,939 orang (1.5%) adalah pemilik yang bekerja, rakan
niaga yang aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji. Daripada jumlah tenaga
pekerja itu, 318,583 (81.5%) adalah pekerja lelaki dan selebihnya (18.5%)
adalah pekerja wanita.
Ø Memberi
keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang
melakukannya. Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti,
maka harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat.
Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses tambah nilai
dalam aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga
diberikan keutamaan.
Ø Membantu
negara memenuhi keperluan bahan makanan mengelakkan
krisis makanan daripada
berlaku. Dengan bilangan penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 28.6 juta penduduk
pada tahun 2010 dan dijangka meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang
tahun 2020, tentunya keperluan makanan akan semakin meningkat. Masalah
pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran
makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan sebab mengapa terjadinya
krisis kekurangan makanan di dunia. Keperluan bahan makanan yang mendadak yang
tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kekurangan
sumber-sumber adalah amat membimbangkan. Selain daripada isu pertambahan
penduduk, faktor lain yang membawa kepada masalah kekurangan makanan adalah
berpunca daripada kejadian bencana alam yang berterusan. Apabila terjadinya
bencana alam, ladang-ladang pertanian akan musnah dan ada yang terpaksa menukar
tanah-tanah pertanian menjadi kawasan penempatan penduduk. Akibatnya keluasan
tanah-tanah pertanian menjadi semakin kecil. Perubahan cuaca yang ekstrem di
sesetengah negara juga boleh menjadi sebab keperluan bahan makanan semakin
berkurangan. Hal ini pernah berlaku di Rusia pada tahun 2010, yang telah
menyebabkan kerajaan Rusia mengambil langkah drastik menghentikan eksport hasil
pertanian gandum dan barli mereka. Krisis makanan juga pernah berlaku di
Malaysia pada bulan Mac dan April tahun 2008. Krisis ini terjadi apabila
kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah global. Ternyata, ia telah
meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat apabila inflasi berlaku dan
harga keperluan makanan naik dengan mendadak.
5.0 POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN
YANG MENGUNTUNGKAN
Secara umumnya, bidang pertanian berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan dan merupakan perkara yang menjadi asas pegangan petani atau sesiapa sahaja yang mengusahakan bidang pertanian itu sendiri. Bidang pertanian dilihat berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa kerana hasil keluarannya mempunyai kualiti yang tinggi dan setanding dengan negara-negara pertanian yang lain. Malaysia juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang banyak kerana tanah di Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.
Dari sudut lain pula, bidang ini juga berpotensi mengeluarkan
produk yang bermutu tinggi untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan
anatarbangsa. Untuk memenuhi permintaan pasaran, beberapa tindakan perlu
dilakukan seperti pelabelan, penggredan dan pembungkusan bagi menepati
piawaian-piawaian antarabangsa. Jabatan Pertanian sedang melaksanakan satu
program iaitu Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) bagi menjamin kualiti
hasil pengeluaran lading dan pemprosesan. Bidang ini akan dapat mengeluarkan
produk yang bermutu tinggi jika program seperti ini dapat dilaksanakan dengan
baik.
Aspek-aspek kualiti dan keselamatan juga berpotensi membawa kepada
keuntungan. Ia juga meberi jaminan pasaran tempatan dan luar negara di samping
memperolehi harga yang lebih tinggi. Daya saing dalam pengeluaran akan dapat
dipertingkatkan lagi jika semua pengusaha mengamalkan amalan dan pendekatan
ini. Program kualiti juga perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang
telibat bagi memberi pemahaman kepada pengusaha. Hal ini dapat membantu
meningkatkan potensi dan mengekalkan
kualiti
pengeluran barangan atau produk mereka.
Perubahan yang baru dalam bidang pertanian
adalah amat penting bagi meningkatkan potensi bidang tersebut. Peranan Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah amat diperlukan bagi membangunkan bidang
pertanian yang memerlukan tanah sama ada di darat dan di laut. Bidang kuasa
yang telibat adalah Kerajaan Negeri di mana jika Jabatan Perikanan merancang
untuk membangunkan Zon Industri Akuakultur sudah tentulah kawasan atau tempat
tersebut di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang terlibat. Kelancaran dan
kejayaan projek ini amat bergantung kepada kelulusan dan syarat yang
diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama jabatan dan
agensi kerajaan di bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program dan projek
untuk meningkatkan potensi bidang pertanian. Ia mampu membawa kepada
pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan sasaran iaitu para petani dan
pengusahanya. Oleh itu, pihak kerajaan perlu meletakkan pegawai yang mencukupi
bagi membolehkan program dan projek pertanian dapat dijalankan dengan baik.
Mereka perlu diletakkan di setiap peringkat daerah dan negeri mengikut
kesesuaian dan bilangan petani yang ada. Hasil pertanian dapat dikekalkan dalam
potensi yang baik jika ketua-ketua jabatan mengagihkan tenaga kerja dengan
baik.
6.0 CABARAN
/ HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Setiap bidang pasti ada cabaran dan halangannya. Tidak kurang juga dalam bidang perniagaan berasaskan pertanian ini. Antaranya adalah seperti serangan pelbagai penyakit kepada tumbuhan atau ternakan menjadikan perkara ini sebagai cabaran dan halangan kepada kemajuan perniagaan berasaskan pertanian. Petani yang mengusahakan tanaman dan ternakan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang dan masa yang banyak untuk mengatasi perkara ini. Sebagai contoh tanaman pisang. Pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Buah pisang yang terkena penyakit ini akan rosak secara keseluruhannya menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha tersebut. Oleh itu, satu syarikat telah tampil untuk cuba menyelesaikan masalah ini melalui penggunaan baja IMO-PLUS dan digabungkan dengan penggunaan M-ProBio keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit tersebut.
Setiap bidang pasti ada cabaran dan halangannya. Tidak kurang juga dalam bidang perniagaan berasaskan pertanian ini. Antaranya adalah seperti serangan pelbagai penyakit kepada tumbuhan atau ternakan menjadikan perkara ini sebagai cabaran dan halangan kepada kemajuan perniagaan berasaskan pertanian. Petani yang mengusahakan tanaman dan ternakan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang dan masa yang banyak untuk mengatasi perkara ini. Sebagai contoh tanaman pisang. Pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Buah pisang yang terkena penyakit ini akan rosak secara keseluruhannya menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha tersebut. Oleh itu, satu syarikat telah tampil untuk cuba menyelesaikan masalah ini melalui penggunaan baja IMO-PLUS dan digabungkan dengan penggunaan M-ProBio keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit tersebut.
Selain itu, golongan muda masa kini juga kurang berminat dalam bidang
pertanian yang dilihat sukar untuk diusahakan dan menganggap pertanian satu
kerja yang berat. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan kebanyakan
petani berusian lebih dari 50 tahun ke atas. Pekerja dan pemilik lading juga
berusia dalam lingkungan 40 tahun hingga 70 tahun. Generasi muda kurang meminati
bidang ini dan mereka akan menolak mentah-mentah jika diberi peluang untuk
menguruskan ladang. Mereka tidak gemar bekerja di kampung atau kawasan
pedalaman dan memilih untuk menetap dibandar. Mereka lebih mahukan pekerjaan
dalam bidang perindustrian kerana gaji yang lumayan dan mudah untuk mendapatkan
bekalan harian. Hanya segelintir kecil sahaja yang benar-benar berminat dalam
bidang pertanian dan melihat bidang tersebut boleh membawa pulangan yang
lumayan.
Masalah kekurangan modal juga merupakan
cabaran dan halangan dalam membentuk perniagaan yang berasaskan pertanian.
Mereka yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman sukar untuk mencari modal
yang besar untuk membeli peralatan dan teknologi yang lebih baik dan
canggih. Jika mereka masih menggunakan peralatan dan teknologi yang lama,
mereka akan jauh ketinggalan di belakang. Zaman sekarang merupakan zaman
teknologi canggih di mana kebanyakan kerja dilakukan oleh mesin. Mesin akan
melakukan kerja dari awal hingga selesai proses kerja tersebut. Sebagai contoh,
mesin traktor digunakan untuk membajak sawah. Modal atau kos yang diperlukan
untuk membelinya agak besar dan tidak semua petani mampu membelinya. Duit yang
mereka perolehi terpaksa digunakan untuk tujuan yang lebih penting.
Kekurangan benih juga merupakan cabaran dan halangan dalam membantu meningkatkan perniagaan yang berasaskan pertanian. Kebanyakan anak benih kini diimport dari negara luar. Kos yang terlibat pula agak besar kerana bidang pertanian di Malaysia semakin membangun dan memerlukan anak benih dalam kuantiti yang banyak. Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lain jika bajet yang telah diperuntukkan dalam bidang pertanian sudah habis digunakan.
Kekurangan benih juga merupakan cabaran dan halangan dalam membantu meningkatkan perniagaan yang berasaskan pertanian. Kebanyakan anak benih kini diimport dari negara luar. Kos yang terlibat pula agak besar kerana bidang pertanian di Malaysia semakin membangun dan memerlukan anak benih dalam kuantiti yang banyak. Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lain jika bajet yang telah diperuntukkan dalam bidang pertanian sudah habis digunakan.
Selain
itu juga halangan lain yang dapat dikenalpasti melalui bidang pertanian ini
adalah seperti :-
- ü Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air.
- ü keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.
- ü Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
- ü Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil.
- ü Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.
- ü Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.
Untuk
menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3)
telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat
disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan
di luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan
disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan
buruh: menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden
melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan
serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan. Di samping itu, dasar-dasar
bagi pengurusan ekonomi makro sektor-sektor lain perlu diambilkira bagi
mempastikan dasar pertanian adalah konsisten, melengkapi, relevan dan selari
dengan dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian.
Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi,
kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan
berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan
Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara
sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan
dan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk kimia
semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa
sawit adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi
untuk pemuliharaan sumber biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula
akan memenuhi kehendak dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian
pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber
semulajadi akan mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan
mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar
yang komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain (complementary), pragmatik
serta fleksibel.
Dalam memastikan keberkesanan bidang ini dan sebagai tanda
kerajaan menghargai perniagaan berasaskan pertanian ini, pihak kerajaan
telah memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada peniaga yang berniaga
produk dan barangan yang berasaskan pertanian. Pihak kerajaan menyedari
golongan pengusaha ini amat memerlukan sokongan dan bantuan bagi memudahkan
perniagaan mereka. Bantuan dari segi pinjaman kewangan, kursus dan bengkel
serta khidmat nasihat sering diberikan oleh organisasi awam seperti MARA,
MARDI, FELDA dan FELCRA. Hal ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi mutu
kerja dan kualitinya di samping menambahkan lagi kuantiti pengeluarannya.
Promosi juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membuka mata
masyarakat tentang perniagaan yang berasakan pertanian. Perkara ini sedikit
sebanyak telah membuka mata golongan muda tentang kebaikan dan kelebihan
perniagaan berasaskan pertanian ini. Banyak program telah dijalankan bagi
mempromosikan bidang ini dan beberapa festival telah diadakan. Promosi juga
dilakukan dalam media massa dan media cetak bagi membolehkan maklumat sampai
kepada semua orang. Iklan-iklan di kaca televisyen juga banyak membantu memberi
pemahaman kepada orang ramai dan menarik minat mereka untuk menceburi bidang
ini.
Insentif dan kemudahan turut disediakan bagi mendorong orang ramai
terutama golongan muda untuk menyertai bidang ini. Kerajaan telah
memperuntukakan sejumlah wang dalam bidang pertanian untuk menggalakkan
golongan muda menceburinya. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebanyak RM30
juta bagi pembangunan program pertanian. Perkara ini merangkumi aplikasi
penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah-buahan dan sayuran,
peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus
dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memupuk dan
mengembangkan asas keusahawanan dan melahirkan usahawan dalam kalangan
bumiputera di negara ini. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan disediakan bagi
membantu usahawan Bumiputera. Salah satu kementerian yang terlibat adalah
Kementerian Pembangunan Usahawan yang dapat membantu melahirkan usahawan
Bumiputera yang amat berkualiti, berpotensi tinggi dalam bidang perniagaan dan
berupaya untuk berdaya saing di peringkat dalam negara mahupun luar negara.
Mereka ini akan menjadi ikon masyarakat dan dijadikan contoh untuk para petani
dan pengusaha mengembangkan dan menambahkan hasil pengeluaran, produk dan
barangan mereka.
8.0 STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSI PERNIAGAAN
BERASASKAN PERTANIAN
Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda
terhadap pertanian, kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan
bagi mendorong mereka menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program
pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan
produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan.
Sejumlah wang telah diperuntukkan kepada sektor pertanian
menerusi Bajet 2013 yang dibentangkan baru-baru ini. Sejajar dengan ikrar
kerajaan, sebanyak RM5.8 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Malaysia juga telah
menyediakan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan
teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan
benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan
pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan
juga telah mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran
produk makanan dan kesihatan. Bagi membantu para petani mengurangkan kos
pengeluaran pula, kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah RM2.4 bilion.
Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif untuk sektor padi yang merangkumi
Pemberian Subsidi Harga Padi sebanyak RM480 juta, Pemberian Subsidi Baja Padi
sebanyak RM465 juta, Insentif Peningkatan Hasil Padi sebanyak RM80 juta,
Insentif Pengeluaran Padi sebanyak RM563 juta, Subsidi Harga Beras bernilai
RM528 juta dan Subsidi Benih Padi Sah sebanyak RM85 juta. Dengan adanya subsidi
ini, kerajaan berharap agar ia dapat meringankan beban pengusaha ladang.
Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan, petani
dan pekebun kecil agar dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru,
pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera baru dan teknologi terkini
serta menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural
Practices (GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan
pertanian Jabatan Pertanian Malaysia bertujuan
untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan.
APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam sekitar. APB juga
bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang
semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti,
produk yang dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada
alam sekitar dan juga pekerja ladang.
Kabinet Malaysia juga telah meluluskan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) pada 28 September 2011, yang akan dijalankan selama 10 tahun
(2011-2020). DAN dibentuk untuk menggantikan Dasar Pertanian Negara. Antara
bidang keutamaan DAN adalah untuk mengembangkan industri ternakan, memodenkan
industri perikanan, mengukuhkan industri padi dan beras, mempromosi agro
pelancongan, meningkatkan industri asas tani, memacu pertumbuhan industri
bernilai tinggi dan memperkukuhkan industri sayuran, buah-buahan dan kelapa.
Beberapa
pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) anjuran
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali
bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia
kepada masyarakat. MAHA juga memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri
asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi
dan inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang
pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri
asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.
Selain itu, beberapa buah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di Gopeng, Perak
dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan kaedah pemasaran
moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi perkhidmatan
meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian
tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan pengeluar
dengan pengguna.
9.0 KESIMPULAN
Perniagaan yang berasaskan pertanian mampu memberikan
pulangan dan hasil yang lumayan serta berpadanan kepada petani dan
pengusahanya. Ia juga membantu menjana ekonomi dan menggerakkan pembangunan
negara. Bidang ini perlu direvolusikan supaya ia berprestij kepada golongan
muda masa kini. Kebaikan bidang ini juga ia mampu mengurangkan pengimportan
barang makanan dari luar negara yang menelan kos perbelanjaan yang besar.
Selain itu, ia juga dapat mengelakkan penduduk yang tinggal di kawasan kampung
atau pedalaman berhijrah ke kawasan Bandar demi mencari peluang pekerjaan yang
lebih baik.
Oleh itu, tidak hairanlah kerajaan memperuntukkan sejumlah wang
yang banyak untuk membangunkan bidang pertanian kerana ia mampu membawa kepada
bidang perniagaan yang lebih menguntungkan. Hal ini telah mengundang seribu
satu kebaikan kepada petani, pengusaha, orang tengah dan negara.
Di negara
seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, golongan
petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang kaya
raya. Situasi ini mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita
Malaysia mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan
huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini
tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah sumber
perniagaan yang ada.
Melalui strategi-strategi yang telah disusun oleh
kerajaan demi untuk membantu masyarakat tani di Malaysia, ‘Pertanian adalah
perniagaan’ sudah pasti akan dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-sama
mencari jalan untuk memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya
sebagai salah satu sumber pendapatan kita. Marilah mula berbudi kepada tanah.
10.0 RUJUKAN
Chang,
H. (2003). Globalisation, economic development and the role of the State.
Penang: Third World Network.
Dr.
Amarjit Kaur. (1991) . Semenanjung Tanah Melayu: Suatu Tinjauan Ekonomi Dalam
Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri. (2006). IMP3: Pelan induk perindustrian ketiga 2006-2020; Malaysia ke
arah daya saing global. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
Noor Zalika Bt Mahmad Zuki. (2013). Cabaran Dan Halangan
Membangunkan Usahawan Bumiputera Berjaya.
Syed Mahadzir Syed
Ibrahim. (2011). Potensi Dan Cabaran Industri Pertanian Negara.
Industri pertanian negara menyingkap potensi dan
cabaran.( dicapai 19 november 2016 )
Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. Unit Perancang
Ekonomi. (2010).
Ninth Malaysian Plan (2006-2010) melalui http://www.epu.jpm.my/RM9/html/english.htm
( dicapai 19 November 2016 )
Perbadanan Produktiviti Malaysia. (2011).http://www.mpc.gov.my/home/index.php?cont=c2&item=1&sstr_lang=bm&t=3
(dicapai 20 november 2016 )
http://azlanyusof.blogspot.my/2013/03/cabaran-dan-halangan-membangunkan.html
( dicapai 21 november )
industri-pertanian.html ( dicapai 21 november
2016 )
11.0 LAMPIRAN